Tips TEMUDUGA KERAJAAN 2023


temuduga kerajaan ramai gagal

LALUI DAN LULUS CABARAN DAN HALANGAN NAK JAWAT KERJA KERAJAAN INI”

Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan AMAT tinggi dan peluang untuk anda berjaya adalah tipis jika anda langsung TIDAK TAHU bagaimana untuk bersedia menghadapi temuduga tersebut.

Tips-tips Temuduga Kerja Kerajaan

Tip #1
Faham jawatan anda. Kenalpasti anda akan diletakkan di bawah kementerian/jabatan mana jika berjaya

Tip #2
Buka web rasmi kementerian tersebut. Kenalpasti tugasan dan carta organisasi kementerian tersebut

Tip #3
Rujuk arkib akbar online. Kenalpasti berita berkaitan kerajaan untuk 2 bulan terakhir

Tip #4
Tingkatkan keyakinan diri dengan berlatih bercakap di hadapan cermin!

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA TEMUDUGA

Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.

1. Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.

2. Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
3. Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
4. Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
5. Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
6. Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.
Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.
MENGAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

Sekiranya anda dipandang rendah atau dihina, logiknya anda akan berasa marah dan naik angin. Sudah pasti! Ketika berada di bilik temuduga, anda akan ditanyakan soalan-soalan yang membuatkan anda panas hati kerana ia bakal mencabar kewibawaan anda. Ia adalah salah satu strategi panel penemuduga untuk menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang penyabar, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya.

Anda yang perlu anda lakukan ialah :

1. Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.

2. Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.
3. Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.
4. Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.
5. Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.
6. Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.
Anda dinasihat supaya menjawab soalan dengan tenang, ambil masa untuk berfikir sebentar dan mulai menjawab dengan perlahan-lahan. Menjawab dalam keadaan yang terburu-buru hanya akan menyebabkan anda hilang fokus dan emosi tidak dapat dikawal. Boleh jadi anda akan bertengkar dengan penemuduga nanti.

Set dalam minda yang anda mahu berjaya untuk temuduga ini untuk diri dan keluarga anda.

Katakan pada diri anda;

“Tahun 2018, saya pasti saya akan jawat jawatan ___________ (nama jawatan) di _________ (nama syarikat/kementerian)”

Ulang perkara ini sekerap yang mungkin termasuk sebelum tidur dan bangun tidur.

Itu magis nya.

Mungkin anda pernah dengar kuasa minda separa sedar? Buat sedikit kajian mengenainya dan anda akan tahu betapa hebat kurniaan tuhan pencipta kita.

Ini senjata yang tak ramai terokai.

Saya berikan sedikit ‘hint’

Otak dan akal manusia ini ada gelombang yang dibahagikan kepada 4 peringkat;

1 – Beta
2 – Alpha
3 – Theta
5 – Delta

Minda sedar berada pada BETA dan minda separa sedar pada ALPHA dan THETA.

DELTA adalah ketika tidur.

Sebenarnya, minda separa sedar ini lah yang memberikan kuasa tarikan tubuh badan anda untuk mencapai sesuatu. So POWERFUL.

Sedikit perkongsian untuk galakkan anda gunakan kuasa sedia ada dalam diri anda.

——–

Berbalik kepada temuduga, anda perlu buat persediaan sebaik mungkin.

Jangan ambil mudah dan menganggap anda tahu semua.

Sebabnya mudah, kita tahu atas pengalaman yang keduanya mempunyai tahap merit penilaian yang berbeza dan memerlukan calon yang berbeza.

MENJAGA ADAB DAN SIKAP SEMASA TEMUDUGA

1. Elakkan daripada berbohong semasa temuduga.

2. Sekiranya anda tidak tahu jawapan, elakkan daripada menipu atau mendiamkan diri sahaja. Bersikap jujur sahaja dengan memberitahu anda tidak tahu jawapannya. 

3. Bersedia untuk menceritakan penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.

4. Jangan berbincang tentang masalah peribadi anda semasa ditemuduga. Ianya tidak berkaitan dengan panel penemuduga dan mereka tak mahu mendengarnya.

5. Jika disoal tentang pengalaman kerjaya terdahulu, berikan keterangan dengan ringkas, padat dan tepat.

6. Elakkan daripada memburuk-burukkan bekas majikan anda sama ada dari sektor awam atau sektor swasta yang terdahulu. Kongsikan kisah yang baik-baik sahaja.

7. Nyatakan kelulusan dan kelayakan anda yang sebenar. Namun usah mendabik dada sekiranya kelayakan dan kelulusan anda amat tinggi.


Ebook-Rahsia-Kerajaan-04-removebg-preview

RUJUKAN TEMUDUGA KERAJAAN

Kenapa para calon wajib ada rujukan ni?

  • 4 tindakan sebelum hadir temuduga. Tempang kalau tak tahu!
  • Pakaian tertentu yang boleh dapat markah free 5%
  • Cara latih diri menjadi hebat berkata-kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka
  • Cara kuasai bahasa inggeris dalam masa singkat
  • Teknik mudah jangka soalan-soalan yang bakal disoal semasa temuduga
  • 7 Sebab utama tidak dipanggil temuduga
  • Bila anda disoal “Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”. Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan – soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
  • Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
  • Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini.

***Jika ada masalah tempahan, terus hantarkan whatsapp di 01156397821 untuk bantuan tempahan (En Hafiz)

Tekan butang share jika info ini bermanfaat untuk anda!

Copyright 2023 – BK Marketing Resources (JR0131732-P) – All Rights Reserved
Home     | Hubungi kami     | Terms Of Use     | Privacy Policy | Disclaimers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *