Contoh Soalan PSEE Pegawai Tadbir N41 Rekod Perubatan 2020


ss pegawai tadbir n41 rekod perubatan
  • Penerangan Format Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris
  • 12 Contoh Soalan Seksyen B Beserta Jalan Penyelesaian
  • 17 Contoh Soalan & Jawapan Seksyen C
  • Contoh-Contoh Soalan adalah Adaptasi dari Soalan  Yang Pernah Keluar dalam Exam SPA lepas

  • Telegram Rasmi Pegawai Tadbir N41
          
  • Syarat Lantikan, Tangga Gaji & Tugasan Pegawai Tadbir N41
         
  • Group Whatsapp Pegawai Tadbir N41 2020 (Sesi Quiz setiap malam khas untuk calon PTN41!)
Isi Nama dan Email anda dan DOWNLOAD Contoh Soalan ni PERCUMA!
DOWNLOAD SEKARANG!

We value your privacy and will never spam you

Contoh Soalan Seksyen A Pengetahuan AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan rekod perubatan, kementerian kesihatan malaysia, pengurusan sumber ekonomi & kewangan, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undangundang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan.

Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.


1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

Tugas Pegawai Tadbir N41

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Gaji Pegawai Tadbir N41

GAJI MINIMUM: RM2,080.00

GAJI MAKSIMUM: RM9,546.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM225.00

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir N41

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji


soalan ptd seksyen a
Copyright 2020 – www.BantuanKerjaya.com – All Rights Reserved
Home     | Hubungi kami     | Terms Of Use     | Privacy Policy | Disclaimers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *