Contoh Soalan PSEE Pegawai Teknologi Maklumat F41 2021


Contoh Soalan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
  • Penerangan Format Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris
  • 7 Contoh Soalan Pengetahuan Am dan 15 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah (Jalan kira dibekalkan)
  • 17 Contoh Soalan & Jawapan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris
  • Contoh-Contoh Soalan adalah Adaptasi dari Soalan  Yang Pernah Keluar dalam Exam SPA lepas

  • Telegram Rasmi Pegawai Teknologi Maklumat F41
          
  • Quiz versi web (tick2 je)
         
  • Nota Pengetahuan AM (Apa nak baca)

TUGAS UTAMA Pegawai Teknologi Maklumat F41

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Contoh Soalan Seksyen A Pengetahuan AM

Untuk menjawab soalan Pengetahuan Am. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat, MAMPU, Pentadbiran kerajaan, dasar-dasar kerajaan & Polisi kementerian, Isu-isu semasa dalam & luar negeri, Perlembagaan Malaysia, pengurusan sumber ekonomi & kewangan, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui IT dan teknologi semasa, suratkhabar, majalah dan buku-buku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.


1. Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) mempunyai Unit Sekretariat yang berfungsi sebagai:

a) Bertanggung jawab sebagai frontline Kementerian dalam isu-isu antarabangsa.

b) Salah satu agensi utama di dalam isu hak asasi manusia kerana kebanyakan isu yang ditimbulkan adalah di bawah bidang tanggungjawab KDN.

c) Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat dan program di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan jawatankuasa-jawankuasa berkaitan.

d) Bertindak sebagai focal point bagi kerjasama dua hala KDN dengan negara-negara rantau Asia Tenggara dan negara luar.

Jawapan: C

2. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah:

a) Setiausaha Bahagian Gred Khas C

b) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F54

c) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52

d) Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

Jawapan: A

3.  Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI:

a) Menggubal dasar Kerajaan Tempatan

b) Mengawal status perbandaran

c) Melantik Datuk Bandar

d) Melantik ahli majlis

Jawapan: A

4. Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja:

I. Kewarganegaraan

II. Bahasa Kebangsaan

III. Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap

IV. Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

a) I, II dan III

b) I, III dan IV

c) II, III dan IV

d) I, II dan IV

Jawapan: A

5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai:

a) Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa

b) Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa

c) Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa

d) Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

Jawapan: A

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Teknologi Maklumat F41

1. A man was killed when his truck rammed into a _________ car in the middle of a road in Kuantan.

A. stationary
B. stationery
C. stationnary
D. stationery

Jawapan: A

2. Which of these sentences has wrong prepositions?

A. Solihin got on a plane and managed to arrive on time.
B. There is some pie in the pan over the counter top.
C. Jeffry slept on the couch under the fan last night.
D. The stray dog ran across the busy road and jumped into the bush.

Jawapan: B

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Teknologi Maklumat F41

Soo Beng mempunyai 280 biji buah ciku. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah ciku untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Kamini, Atan dan Julius. Berapakah biji buah ciku yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

a) 40 biji

b) 60 biji

c)70 biji

d) 80 biji


soalan ptd seksyen a

Rujukan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Rujukan Pegawai Teknologi Maklumat F41 Edisi 2021 ini khusus dibuat untuk calon F41. 

Antara yang terkandung dalam rujukan khas ini:

✅ Maklumat perjawatan
✅ Nota Ringkas Pengetahuan AM
✅ Penerangan Format Daya Menyelesaikan Masalah (4 pecahan)
✅ 19 Formula ringkas & Nota Matematik
✅ Topik Popular Seksyen B
✅ Nota Grammar (8 pecahan)
✅ 90 Contoh Soalan bersama jawapan dan penerangan/jalan kira
✅ 164 Mukasurat

Klik ‘Tempah Sekarang’ untuk tempah rujukan. Terhad untuk 333 orang sahaja!

Copyright 2021 – www.BantuanKerjaya.com – All Rights Reserved
Home     | Hubungi kami     | Terms Of Use     | Privacy Policy | Disclaimers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *